Testimoni Kejayaan


Testimoni Kejayaan

Berikut adalah tertimoni kejayaan usahawan wave ke-5.
Berikut merupakan Kenshido Multi-Millionaire Club. Syarat untuk masuk ke dalam Kenshido Multi-Millionaire Club ialah, mengumpul pendapatan sekurang-kurangnya RM200,000 dalam masa 3 bulan berturut-turut atau telah mengumpul sebanyak RM2,000,000 (RM2 Juta) dalam masa 2 ke 5 tahun.

En Sifu Aziz Samad – Ikon Kenshido International Sdn. Bhd.

Nama sebenar beliau adalah Abdul Aziz Bin Abdul Samad merupakan seorang usahawan MLM yang luar biasa hebat. Beliau berasal dari keluarga yang susah dan mempunyai bilangan adik beradik yang ramai. Beliau merupakan seorang kerani sebelum menceburkan diri dan menjadi usahawan MLM.
Kisahnya bermula dengan gaya tipah tertipu oleh seorang kawannya 14 tahun yang lepas apabila beliau telah ditipu diajak datang temuduga untuk kerja sambilan. Beliau mula percaya bahawa MLM merupakan salah satu landasan untuk orang yang miskin seperti beliau untuk mengubah hidup. Bermula dengan karier sebagai usahawan MLM bersama dengan syarikat Zhulian Marketing, beliau mula mengorak langkah dan berjaya mencapai pendapatan terkumpul RM 1 juta (RM1,000,000) selepas 14 bulan.
Beliau telah menyertai 8 syarikat MLM dan kebanyakannya berkubur begitu sahaja kerana syarikat yang tidak kukuh. Namun, setiap syarikat yang beliau sertai, beliau sempat mencapai status jutawan.
Sebelum beliau menyertai Kenshido International berteraskan produk Score A Programme, beliau bersama dengan sebuah syarikat MLM dan mempunyai pendapatan yang stabil sekitar RM40 ribu (RM40,000) sebulan. Apabila beliau diperkenalkan dengan Score A Programme, beliau telah nekad dengan berhenti terus dari syarikat yang beliau sedang bergiat dan menyertai Kenshido International Sdn. Bhd. pada 1 April 2006.
Beliau telah menaja 8 orang pada hari pertama dan mengumpul RM28,800 pada bulan pertama penyertaan beliau. Seterusnya pada bulan kedua beliau telah mengumpul RM108 ribu (RM108,000). Dalam masa 7 bulan pertama, beliau telah mengumpulkan RM1.2 juta (RM1,200,000) terus mencapai status Jutawan pertama dan terpantas bersama Kenshido International Sdn. Bhd.
Pada hari ini, beliau telah melahirkan lebih 20 orang berstatus jutawan dalam Kenshido International Sdn. Bhd. disamping 1,000 orang yang berpendapatan 5 angka sebulan. Hasil dari kegigihan dan semangat luar biasa beliau, kini beliau berpendapatan lebih kurang RM 500, 000 sebulan. Kini beliau dinobatkan dengan gelaran Ikon Kenshido International Sdn. Bhd.
Terdapat lebih kurang 6,000 penggiat Score A Programme yang bergiat secara aktif di bawah rangkaian beliau di mana beliau sendiri mencurahkan keringat memberi tunjuk ajar dan membantu sehingga ke akar umbi. Kini rangkaian beliau merupakan penyumbang terbesar kepada pendapat Kenshido International iaitu hampir 70% dari keseluruhan jualan bulanan Kenshido International.
Ikuti kisah beliau dinobatkan sebagai bapa modal insan yang dipetik dari termuramah Astro Awani bersama Dato’ Jamalullail.

Astro Awani, Bajet 2011 : Sifu Aziz Samad lahirkan 14 jutawan


Faiz Muhd Noor – Jutawan berusia 25 tahun.


Tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia tak siapa tahu, tanpa langkah pertama tak mungkin kita capai langkah beribu, itulah yang terjadi pada diri beliau yang mana dahulunya bekerja sebagai kerani fail di sebuah syarikat insurans. Beliau bertemu dengan PELUANG HEBAT ini dan tertarik dengan keunikan perniagaan ini yang mengetengahkan program PENDIDIKAN, jadi beliau ambil keputusan untuk menyertainya.Kini setelah setahun bersama program ini pendapatan beliau telahpun mencecah 6 ANGKA sebulan, dan pendapatan itu berterusan serta konsisten sehingga ke hari ini. Siapa sangka seorang kerani fail kini mampu memiliki sebuah rumah bernilai 1.2 juta dan sebuah kereta mewah BMW 5 SERIES. Syukur ALHAMDULILLAH, PELUANG ini benar-benar telah berubah kehidupan beliau,isteri dan anak-anak yang amat beliau sayangi.Tiada mustahil dalam perniagaan ini dan beliau percaya pendapatan beliau akan terus bertambah.Akhir kata, siapa pun kita tidak penting, yang penting kita ada impian dan kemahuan untuk BERJAYA.Anda ada seribu alasan untuk gagal tapi cuma perlukan satu sebab untuk BERJAYA. Jika saya mampu lakukan, saya pasti anda juga mampu lakukannya.

ahlilawati Abu Bakar – Iron Lady

Nama diberi Jahlilawati Abu Bakar merupakan bekas seorang pengurus bahagian dalam syarikat IT terkemuka. Pada asalnya beliau datang ke taklimat Score A Programme bertujuan untuk melanggan untuk anak-anak beliau. Namun beliau amat teruja apabila yang membuat perkongsian kejayaan merupakan seorang pengawal keselamatan dan seorang kerani fail yang mencecah pendapat RM25 ribu sebulan hanya dalam beberapa bulan sahaja menyertai Kenshido International membuatkan beliau amat teruja.
Setelah menghadiri seminar usahawan, beliau membuat keputusan nekad berhenti kerja dan menumpukan sepenuh perhatian kepada perniagaan Score A Programme. Hasil usaha yang rajin, gigih dan konsisten, beliau telah berjaya mencapai status jutawan wanita pertama dan terpantas dalam masa hanya 7 bulan dan mengumpul RM1,000,000 dalam masa 13 bulan.
Kini beliau berpendapatan lebih kurang RM150,000 sebulan dan mempunyai pusat sokongan dan latihan sendiri yang dibuka bersebelahan dengan pejabat Sifu Aziz Samad. Beliau telahpun mengumpul lebih dari RM2 juta setelah lebih 2 tahun bergiat aktif bersama Score A Programme.

Hjh Rohaiza Awang & Hj Azmi Mohd Yak Zan

ANAKNYA SCORE A , BELIAU SCORE RM

Hjh Rohaiza dan Hj. Azmi merupakan bekas HR Manager dan Executive Kanan di Syarikat Minyak terbesar di Malaysia iaitu Petronas. Gaji terkumpul mereka berdua sudah mencapai RM40,000 sebulan. Pada mulanya beliau datang ke taklimat Score A Programme hanya untuk mengambil programme untuk anak kembar mereka yang sedang menduduki peperiksaan UPSR. Kedua-dua anak kembar mereka hanyalah golongan pelajar yang biasa-biasa dan mendapat kedudukan terakhir dalam kelas. Hanya dalam tempoh 5 bulan menggunakan Score A Programme, kedua-dua anak mereka mendapat 5A dalam UPSR dan kini bersekolah di Sekolah Berasrama Penuh di Hulu Selangor.
Semasa sesi perkongsian kejayaan, Marzuki dan Faiz yang membuat perkongsian, mereka amat terkejut seorang kerani fail dan seorang pak guard boleh menjana pendapat hampir RM25,000 sebulan setalah 5-6 bulan menjalankan perniagaan dan ia merupakan sesuatu yang amat luar biasa. Oleh kerana rasa tercabar, mereka menyahut cabaran kerana jika orang biasa-biasa boleh melakukan perniagaan ini, kenapa tidak mereka golongan professional.
Dengan usaha yang gigih dan ikut sistem, bulan pertama pendapatan mereka telah memotong pendapatan Hjh Rohaiza yang berjumlah belasan ribu. Pada bulan kedua, pendapat mereka telah memotong pendapatan pekerjaan Hj. Azmi yang berjumlah RM23,000. Keajaiban terus berlaku pada bulan ketiga, mereka meraih pendapatan berjumlah RM30,000 dan Hjh Rohaiza terus berhenti kerja dan melakukan perniagaan ini sepenuh masa diikuti oleh Hj. Azmi 6 bulan kemudian melakukan perniagaan ini bersama-sama secara sepenuh masa.
Kini mereka telah meraih pendapatan sekitar RM 160,000 sebulan dan mempunyai rangkaian yang kuat terutama di Kedah, Kuala Lumpur dan serata Malaysia. Setelah hampir 2 tahun dalam perniagaan ini, mereka telah mengumpul melebihi RM2 juta.
Berikut merupakan Kenshido Millionaire Club. Syarat untuk masuk ke dalam Kenshido Millionaire Club ialah, mengumpul pendapatan sekurang-kurangnya RM100,000 dalam masa 3 bulan berturut-turut atau telah mengumpul sebanyak RM1,000,000 (RM1 Juta) dalam masa 2 ke 5 tahun.

Testimoni kejayaan usahawan Kenshido Millionaire Club

Badrul – Bekas Mat Rempit-Pendapatan RM 60 ribu sebulan!!

Sambatha S Nathan

Berikut merupakan Kenshido Elite Club Member. Syarat untuk masuk ke dalam Kenshido Elite Club Member ialah mengumpul pendapatan sekurang-kurangnya RM50,000 dalam masa 3 bulan berturut-turut atau telah mengumpul pendapatan sebanyak RM500,000 dalam masa 2-5 tahun.

Marzuki – Bekas Pengawal Keselamatan

Begitulah serba sedikit perkongsian daripada testimoni kejayaan usahawan wave ke-5 dari Kenshido International Sdn. Bhd.

Sharing Dr Shukri Abdullah, Ikon Pendidikan Malaysia

nota kaki : kalau nak tempah tiket ke kursus tersebut, sila hubungi saya, En Mohd Hafize Yusoff
no telefon : 017-5505434
emel: hafizertj@gmail.com