Selasa, 20 September 2011

KENSHIDO INTERNATIONAL DIIKTIRAF SYARIKAT PATUH SYARIAH / SYARIAH COMPLIANCE


Good news daripada syarikat Kenshido International Sdn Bhd telah diiktiraf sebagai Syarikat Patuh Syariah/‘Syariah Compliance’. Memandangkan terlalu banyak skim MLM di luar sana yang kebanyakannya hanya fokus untung mendapat wang dengan cepat dan mudah sahaja, Kenshido International membuktikan yang syarikat lebih fokus kepada produk Score A Programme yang telah terbukti memberi manfaat kepada pengguna (para pelajar sekolah) dan juga ahli (usahawan pendidikan Score A).
Isu Shariah dalam perniagaan network marketing atau MLM telah banyak kali dibincangkan. Saya baru membaca berkaitan isu ini yang dikupas oleh Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman melalui laman web dakwah beliau, Ustaz Zaharuddin menyarankan agar pengamal MLM (terutamanya syarikat) memastikan asas minima Shariah di bawah dapat dipatuhi. Saya secara langsung memberikan sebab-sebab mengapa Kenshido International layak mendapat pengiktirafan tersebut:

1. Produk MLM ini mestilah dibeli dengan tujuan yang sebenarnya.

Produk yang ditawarkan mesti benar-benar bermanfaat dan dibangunkan dengan serius. Kualiti dan keberkesanannya mesti dapat dibuktikan dan menjadi kekuatan kepada syarikat tersebut.
Kenshido International pada mulanya bukan syarikat berasaskan network marketing. Hanya selepas tempoh percubaan dan pembangunan program Score A dengan kerjasama Kementerian Pendidikan menunjukkan pencapaian cemerlang, barulah syarikat membuat keputusan menggunakan platform ’network marketing’.
Apa yang saya tahu ini adalah satu peluang yang baik kerana syarikat tidak hanya berhasrat memberikan portal pendidikan terbaik kepada para pelajar sekolah di Malaysia. Syarikat juga mengambil kira beban yang ditanggung oleh ibubapa untuk menampung kos pendidikan anak-anak di sekolah. Justeru itu, program pendidikan ini kini menjadi sumber pendapatan keluarga dan sumber kecemerlangan pelajar Malaysia.
Program ini mempunyai rekod prestasi cukup baik melalui testimoni pelajar, ibubapa dan pihak sekolah. Selama 7 tahun, Score A terus menyumbangkan kepada pembangunan pendidikan alternatif berasaskan online di negara ini. Jika masih ragu boleh layariwww.scorea.com/ dan www.kenshido.com .

untuk online demo : demo id= 82828.

2. Produknya bukan emas dan perak yang boleh dijual beli secara tangguh.

Score A Programme ialah produk Output Learning yang boleh diakses secara talian pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja (online tuition). Satu set portal mengandungi 2 kad untuk kegunaan satu keluarga (untuk 2 anak) selama 1 tahun . Harga hanya RM796 untuk semua subjek (100% mengikut silabus Kementerian Pendidikan).

3. Komisyen yang diberikan kepada ahli untuk setiap penjual dan ahli bawahannya mestilah jelas.

Keuntungan daripada jualan portal pengguna Score A ialah jelas mengikut pakej yang dibeli oleh usahawan Score A. Contohnya ahli ePartner Premium (pakej Rm2, 488) mendapat untung bersih RM 1, 492 selepas ditolak duit modal.
Bayaran bonus oleh Kenshido International ialah yang tertinggi di Malaysia setakat ini. Rujuk link dibawah untuk maklumat lanjut:
Usahawan Score A Programme samada baru ataupun sudah lama dalam bisnes ini, bersaing secara sihat dalam level yang sama. Maksudnya pendapatan masuk hasil daripada usaha setiap ahli usahawan. Orang atas tidak akan dapat apa-apa jika hanya melaburkan modal tanpa berusaha. Tidak heran jika ahli yang baru 3-4 bulan join dah masuk list millionaire earner.

4. Keuntungan dan komisyen bukan berdasarkan ‘kepala’ atau ahli yang ditaja, tetapi adalah berdasarkan nilai produk yang berjaya

di jualnya.

Setiap ahli yang menyertai Score A Programme juga adalah pengguna. Contohnya ibubapa yang menyertai dengan tujuan untuk memberikan program pendidikan terbaik untuk anak mereka. Apabila mereka perkenalkan program ini kepada ibubapa lain, mereka mendapat keuntungan 100% daripada hasil jualan portal tersebut. Kami mementingkan kualiti produk dan perkhidmatan yang diberikan.

5. Tidak diwajibkan bagi si ahli menjual jumlah tertentu bagi memperolehi komsiyen dari orang bawahannya.

Ahli hanya mengeluarkan modal sekali sahaja seumur hidup. Portal pendidikan Score A ini tidak ada tarikh luput. Ia boleh disimpan untuk kegunaan sendiri atau dijual kepada pengguna lain dengan harga yang telah ditetapkan iaitu RM 796. Setelah habis semua portal yang ada, ahli tidak perlu membeli portal baru, tetapi boleh membantu downline jual portal mereka (teamwork). Selain itu, jika anda prospect yang mahu join mereka tetapi tidak mempunyai modal, portal ini boleh digunakan untuk menaja prospect tersebut.

6. Setiap ‘upline’ atau orang di sebelah atas mestilah menaruh usaha atas jualan orang bawahannya.

Setiap ahli Score A Programme ialah ‘leader’. Setiap hari di seluruh Malaysia ada diadakan sesi preview/taklimat berkaitan program ini. Melalui sesi ini, ahli baru akan diberi maklumat, motivasi, teknik yang betul untuk bermula, cara mencari prospect, cara buat closing, training dan sokongan untuk sistem k-office online. Ini adalah untuk membolehkan sesiapa sahaja untuk berjaya melalui peluang perniagaan ini. Kami mempunyai sistem yang terbukti berkesan, praktikal, mudah dan cepat untuk dijadikan panduan. Seterusnya hanya lakukan duplikasi sahaja.

7. Tidak menggunakan skim piramid iaitu skim siapa masuk dulu akan untung selamanya.

Saya sudah menerangkan tadi yang semua ahli usahawan Score A bersaingan ’in the same playing level’. Ini ialah perniagaan anda, bukan perniagaan upline ataupun downline anda. Nak berjaya dalam Score A, anda kena berusaha. Saya sangat tidak mementingkan kuantiti downline di bawah saya, tetapi kualiti yang ada pada setiap orang. Tidak ada guna ada 1000 downline tetapi 90% semua ‘tidur’.

8. Mempersembahkan sistem komisyen dan bonus yang telus dan boleh difahami dan dipantau oleh ahli dengan jelas. Ia bagi mengelakkan segala jenis penipuan.

Pelan pemasaran Score A sangat mudah untuk difahami. Tidak banyak yang perlu dipelajari kerana produk hanya ada satu iaitu portal Score A sahaja. Tidak ada kos-kos tersembunyi.
Saya mungkin free hari ini, kenapa tak call saya agar saya boleh terangkan kepada anda marketing plan Score A ni. Hanya luangkan 15 minit saja untuk saya. Namun, jika call anda tidak di angkat, sila call lagi kerana saya mungkin sibuk. Atau tinggalkan msj melalui sms.

9. Menstruktur plan pemasaran di antara ahli dan orang bawahannya secara musyarakah iaitu perkongsian untung dan rugi berdasarkan modal masing-masing dengan nisbah pembahagian keuntungan yang ditetapkan di peringkat awal lagi.

Saya sudah menerangkan tadi yang keuntungan dalam perniagaan Score A ini ialah berdasarkan pakej yang diambil semasa mendaftar sebagai ahli. Semakin besar pakej semakin besar dan cepat keuntungan yang diperolehi. Walaupun begitu untuk ahli yang start dengan pakej kecil boleh ’upgrade’ kepada pakej yang lebih besar kemudian. Upline dengan pakej yang lebih besar (eE ) lebih menguntungkan kerana dapat duit processing fee (RM80) dan ’commission rolled up’.
Jadi inilah fakta-fakta yang saya dapat kaitkan sebagai maklum balas kepada asas-asas utama Shariah yang telah Ustaz Zaharuddin berikan. Daripada maklumat ini, saya dapat simpulkan yang Kenshido International melalui produk Score A Programme memang layak mendapat ’Shariah Compliance’.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan